Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-46 Ayah & Ibu

Rasanya masih belum terlambat untuk aku berkongsi saat-saat manis bersama keluargaku semperna ulangtahun kelahiran kedua ayahda dan bondaku yang ke-46 tahun. Setelah sekian lama tidak berkumpul bersama, pada cuti pendek yang lalu kami berpeluang berkumpul bersama-sama...Rindunya saat-saat seperti ini....kalau nak tahu, jomlah baca lagi!!

Sambutan ulangtahun kelahiran ibuku tercinta ini jamuan makan malam aku yang sponsor...hahahaha kek plak adik aku, Ahmad Shah yang kuar budget....share..sharelah kiranya....tapi untuk sambutan akan datang aku nak buat yang lebih grand lagi...InsyaAllah

Inilah wajah ibundaku setelah berusia 46 tahun....erm dia kata "eh bukan baru 19 ke?"...huhu

Hanya ini hadiah yang mampu aku berikan kepada ayah dan ibuku untuk ulangtahun kali ini... Harap-harap mereka gembira dengan pemberianku, yang pasti doa adalah yang paling berharga daripada seorang anak kepada kedua orang tuanya...

Ha....ikuti pulak sambutan hari ulangtahun kelahiran ayahku tersayang ni plak...time ni aku n adik aku, Ahmad Shah tak dapat balik.... :-(

Ini adalah kek ulangtahun kelahiran ayahku yang ditaja khas oleh ibu dan adikku Ikah. Masa ni aku takde...tapi SMS ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran tetapku hantar....hehehe inilah salah satu kelebihan teknologi... :-)

Ayahku bergaya dengan jubah pemberian satu-satunya adik perempuan ayahku, Chu Hajah Rahmah dan suaminya Chu Haji Hamdan. Mas doakan agar suatu hari nanti ayah dan ibu juga bergelar Haji Mohd Azhar Shah dan Hajah Haslina. AMIN.

Inilah wajah kedua orang tuaku yang telah banyak berkorban demi membesarkan dan memberi pendidikan terbaik dunia dan akhirat untuk kami lima beradik....Ibu, ayah....Jasa kalian tidak terbalas, tidak terbanding dengan sedalam lautan dan seluas langit terbentang.

Ibu, Ayah...Semoga Allah S.W.T merahmati kehidupan kalian di dunia dan di akhirat...Ku doakan agar Ibu dan Ayah sentiasa sihat, bahagia dan dilimpahi rahmat Yang Maha Esa. Terima kasih atas didikan dan bimbingan kalian...Selamat Panjang Umur Bonda dan Ayahda Tercinta....

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori