ISRAEL HAS NO RIGHT!

What are the reason for Israel to arrested the volunteer to send help to Gaza?? Why they sent the commando to attacked the ships? Israel had abused the HUMAN RIGHT! The United Nations have to stop this. Please...Save our humanization, please save our nation, please save the children...woman...
12 rakyat Malaysia di atas kapal diserang Israel selamat
01/06/2010 7:27pm

KUALA LUMPUR 1 Jun - Seramai 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang tentera Israel disahkan selamat tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina. - Utusan

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Armada Kapal Kecil Bantuan Ke Gaza

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza Isnin.

"Saya amat marah dengan pencabulan pasukan Israel terhadap orang yang tidak bersenjata. Saya pasti Israel akan kata orang ini membawa ... See morebanyak senjata. Ini tidak masuk akal," katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami telah pastikan bahawa kesemuanya bukan pejuang dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Amerika dan Eropah," katanya.

"Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan bot bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup," katanya.

"Israel mendakwa orang ini mempunyai banyak objek-objek tajam. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan objek-objek tajam," katanya.

Pada mulanya, armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki.

Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang oleh tentera Israel pagi ini, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia -- seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani -- berada di atas kapal dengan nasib mereka masih belum diketahui.

Bagaimanapun, enam wakil PGPO selamat kerana mereka berada di atas kapal lain.

Dr Mahathir berkata arahannya kepada wakil PGPO untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika terdapat amaran daripada tentera Israel.

Sambil mengemaskini lokasi tiga kapal PGPO, mantan perdana menteri itu berkata mereka masih berada di Mediterranean dalam perjalanan ke Gaza.

Dr Mahathir berkata dua buah kapal mengalami kerosakan dan ini menyebabkan mereka ketinggalan jauh di belakang untuk menyertai enam kapal yang lain yang berkumpul lebih awal di Cyprus.

"Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mereka (kapal-kapal Malaysia) boleh tiba di Gaza," katanya.

-- BERNAMA

Flotila Gaza diserang Israel


Kapal Mavi Marmara

BAITULMAQDIS 31 Mei - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel hari ini menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, setelah mendakwa mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut.

Sebuah badan amal Turki menyatakan bahawa kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat negara itu.

Kedua-dua belah pihak memberi maklumat berbeza-beza tentang apa yang berlaku dengan rejim Zionis mengarahkan semua maklumat berhubung mangsa yang cedera atau terbunuh dalam operasi kejam itu dihalang daripada disebarkan.

Berita terkini yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas daripada konvoi Life Line for Gaza (LL4G) dari Malaysia menyatakan bahawa satu daripada enam kapal dalam misi itu, Mavi Marmara telah diserang oleh helikopter tentera Israel pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

Persoalan masih berlegar mengenai nasib penerima anugerah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara dan ahli Parlimen Eropah yang juga bangsa Yahudi yang terselamat dari Holocaust, Hedy Epstein, 85.

Sementara itu, nasib wartawan Malaysia dari saluran Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip masih belum diketahui, namun enam lagi rakyat Malaysia lain berada dalam keadaan selamat.

'Flotila Pembebasan' itu menuju ke Gaza dalam misi untuk menarik perhatian dunia mengenai kepungan selama tiga tahun rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu selepas pergerakan Hamas mengambil alih kuasa di sana.

Kumpulan kapal itu mula menuju Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus pada pukul tiga petang (pukul lapan malam tadi waktu Malaysia), dengan harapan dapat memasuki perairan Gaza pada waktu siang,

Enam jam selepas bertolak, tiga bot peluru berpandu Israel meninggalkan bandar Haifa untuk memintas flotila itu.

"Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam," kata jurucakap pergerakan Free Gaza, Greta Berlin yang menganjurkan flotila itu.

Hamas hari ini turut menyeru negara-negara Arab dan umat Islam 'bangkit' mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah tindakan pasukan tentera laut rejim Zionis Israel itu,

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan.

Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Flotila tiga kapal kargo dan tiga kapal penumpang itu mengangkut 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis yang dilarang oleh rejim Zionis seperti simen dan bahan-bahan pembinaan lain.

Ini adalah kali kesembilan pergerakan Bebaskan Gaza cuba membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Ogos 2008.

Israel membenarkan kapal seumpamanya masuk lima kali tetapi telah menarik balik kebenaran itu daripada memasuki perairan Gaza sejak serangan ketenteraan Zionis ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga Januari 2009. - AFP/AP/Utusan


Palestin: PBB perlu ambil tindakan tegas terhadap Israel

KUALA LUMPUR 31 Mei - Palestin akan mengemukakan bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan tentera rejim Zionis Israel menyerang konvoi kapal-kapal aktivis pro-Palestin di perairan antarabangsa dekat Gaza dan menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap rejim itu.

Tindakan Israel menyerang flotila aktivis pro-Palestin yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan serta Konvensyen Geneva, kata Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdulaziz Abu Ghous.

Beliau juga menggesa komuniti dunia supaya memberi perhatian terhadap serangan tentera rejim Zionis itu yang disifatkannya sebagai satu tindakan jenayah.

"Israel telah menyekat penghantaran bekalan bantuan ke Gaza selama lebih dua tahun lalu. Tindakan ini tidak boleh diterima dan sama-sekali bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

"Kedutaan Palestin menyeru masyarakat dunia tanpa mengira agama supaya bersatu dan menilai tindakan kekejaman Israel itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan komando Israel menyerang konvoi kapal-kapal aktivis pro-Palestin di perairan Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh hari ini.

Sambil menyifatkan kekejaman Israel itu sebagai satu pembunuhan beramai-ramai, beliau berkata, Israel perlu menerima hukuman sewajarnya atas segala perbuatan rejim Yahudi tersebut terhadap rakyat Palestin selama ini.

Beliau berkata, tindakan tentera Israel itu turut dikutuk lebih 40 negara lain yang turut menyertai misi terbabit termasuk dari Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia.

"Serangan terbaru Israel ini memberikan gambaran sebenar kekejaman rejim itu. Israel perlu menerima hukuman atas apa yang telah dilakukannya," ujar beliau.

Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Indonesia ke Malaysia, Widyarka Ryananta turut mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ini.

Menurut beliau, Israel sepatutnya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan bukan menghalangnya sehingga mengakibatkan ramai aktivis pro-Palestin terkorban.

"Saya yakin kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan berhubung kekejaman terbaru Israel ini. Kami akan menggunakan cara diplomasi dan melalui badan-badan dunia bagi mengenakan tindakan ke atas rejim Yahudi itu.

"Saya meminta masyarakat dunia bersatu menghalang insiden ini daripada berulang," kata Widyarka ketika dihubungi hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur pula ketika dihubungi berkata, seorang wartawannya adalah antara yang terkorban dalam insiden hari ini.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel ini. Ini adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan di luar norma-norma masyarakat dunia.

"Kerajaan Pakistan akan cuba menghubungi negara-negara misi bantuan itu seperti Turki untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung serangan tersebut," kata atase media Pakistan ke Malaysia, Qamar Bashir di sini hari.

Menurut Qamar, dua rakyat Pakistan turut terlibat dengan konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza itu dan mengikut laporan media yang diterimanya, seorang daripadanya dilaporkan terkorban dalam serangan hari ini.

Laporan itu bagaimanapun masih belum disahkan dan mereka akan terus memantau situasi terkini konvoi tersebut. - Utusan

EU desak siasatan segera kematian aktivis pro-Palestin

BRUSSELS 31 Mei - Kesatuan Eropah (EU) menuntut diadakan siasatan segera mengenai kematian aktivis di atas kapal bantuan kemanusiaan Palestin yang dirampas tentera Israel hari ini dan mahu rejim tersebut membenarkan laluan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

EU juga memanggil satu mesyuarat tergempar negara-negara ahli ke Brussel bagi membincangkan insiden tersebut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa selepas enam kapal cuba melepasi sekatan Israel ke atas wilayah yang dikuasai pejuang Islam Palestin.

"Perwakilan Tinggi Catherine Ashton melahirkan rasa kekesalan terhadap berita korban nyawa dan keganasan yang berlaku serta menyatakan rasa simpati beliau kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera," kata jurucakap Ashton yang merupakan Ketua Polisi Luar EU.

"Bagi pihak EU, beliau meminta supaya satu inkuiri penuh diadakan bagi menyiasat bagaimana ia boleh terjadi."

Jurucakap tersebut berkata, Ashton juga mengulangi pendirian EU berhubung penutupan Gaza dengan mengatakan ia tidak boleh diterima dan tidak meningkatkan produktiviti dari segi politik.

Beliau menyeru Israel membuka laluan untuk bantuan kemanusiaan, barangan komersial dan laluan orang ramai keluar dan masuk ke Gaza dengan segera, secara berterusan dan tanpa bersyarat.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan pertemuannya dengan Presiden Barack Obama di Washington esok, berikutan tindakan keras tentera Zionis ke atas kapal kemanusiaan menuju ke Gaza hari ini.

"Netanyahu memutuskan untuk memendekkan lawatannya ke Kanada dan pulang lebih awal ke Israel,'' menurut kenyataan kerajaan rejim Zionis. Netanyahu berada di Kanada sejak Jumaat. - REUTERS

=SUMBER DIAMBIL DARI UTUSAN ONLINE= Terima kasih Utusan :-)


Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori