23 Tahun Mengembara

Salam semua... Erm....dah nak hujung-hujung semester ni banyaklah pulak kerjanya...Busy semacam je...Tapi cook addict tu memang tak dapat nak elak! hehehe punyalah rajin buat pelbagai jenis biskut dan kek walaupun raya dah nak habis...(hari ni kan?).

23 tahun yang lalu, pada pagi 4 Oktober 1987, ibu bertarung nyawa untuk melahirkan aku, puteri sulungnya. Begitu besar pengorbanan ibu dan rahmat Allah Yang Esa. Mulai saat itu, ayah dan ibu mendidik, membesarkan dan mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Terima kasih ibu, terima kasih ayah.

Pada 4hb Oktober yang lepas genaplah usia Mas 23 tahun. Erm...23 tahun ini mengembara di muka bumi Allah Yang Esa. Alhamdulillah, DIA masih memberikan Mas kesempatan untuk mengembara selembar lagi lipatan pengembaraan yang noktahnya nanti hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Jom kita layannnnnnnn (bak kata Fara Fauzana).

Birthday Mas tahun ni sambut di Barok Water Front bersama Mai dan Shila. TQ girls!

Ikan Siakap 3 Rasa. Kalau Mas makan di mana-mana restoran yang ada ikan segar, Ikan Siakap Stim atau Ikan Siakap 3 Rasa adalah menu utama yang menjadi kegemaran Mas!

Shila yang kekenyangan

Mai a.k.a Child on board. Kenapa ktaorang panggil c.o.b? sebab dia ni nama je anak sulung tapi sikap dia agak kebudak-budakan yang menceriakan kami, kawan-kawan dia. Hehehehe jangan marah ye Mai.... ('',)

Ngeeeeee ('',) Sedap sangat!


Tengok....Macamana la tak digelar Child On Board, garfu pun jadi!

Okay semua dah kenyang, bolehlah balik.
Mas harap pada usia 23 tahun ini Mas dapat meneruskan satu lagi lembaran lagi kehidupan ini dengan Rahmat Allah. Semoga hidup Mas bersama keluarga bahagia dan berjaya hendak-NYA. Pada yang menyayangi, mencintai dan menyokong Mas selama ini terima kasih sangat-sangat dan Mas juga sayang kamu semua. Bagi ibu dan ayah, kalianlah kebahagiaanku ('',)

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori