Jom Heboh 2010 Petra Jaya, Sarawak.
Hari ini Sabtu, 25 September 2010 aku pergi ke Jom Heboh TV3 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching. Best jugak sesekali lepas tension study dengan menghiburkan diri sekejap. Ada juga aku ikut aktiviti-aktiviti anjuran Aduan Rakyat dan Hot FM...memanggggg happening habis!!!!

Ha....cute tak Jolly Penguin ni? Eh...ini bukan untuk Adam lah....untuk Ira pun bukan... This is for me okay...Masa kecik-kecik dulu tak dapat. Lau dapat pun dah rosak dan pupus....Hahahahaha so bila dah besar ni beli sendirilah... ('',)
Ini pulak kereta lumba...erm..dari awal pusing sampai beratus-ratus round pun sama je kedudukannya...hahahahaha
Sebahagian pertunjukan seni mengubah manik-manik dan rotan kraftangan Sarawak...nampak cantik je kan, jangan tak tahu bukan sebarangan orang yang 'sabar' boleh buat semua ni tau, lebih-lebih lagi manik-manik tu... Tak hairanlah jika harganya agak mahal.
On the way balik ke rumah rasa macam nak makan durian pulak. So, aku meneruskan perjalanan ke sebuah pasar lebih kurang 5KM dari rumahku. Erm....terkejut beruk aku bila si peniaga berkata 1 biji durian ini harganya RM28!! Tak boleh kurang ye....huhu nak makan punya pasal aku pun beli. Tambahan lagi bila dia kata durian ini isinya kuning (memang ler favorite aku!) Tapi bila balik, inilah keadaannya....erm...dah dapat makan, alhamdulillah....huhuSo, inilah catatan hidupku hari ini...sebuah kisah Jom Heboh 2010, cute toys dan buah durian... ('',)






Comments
Post a Comment