Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-NYA pada Syawal tahun ini aku dapat pulang ke Mersing untuk sama-sama menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H bersama-sama keluarga tercinta dan yang tersayang. Hari raya pada tahun ini bagi aku sangat bermakna dan berharga buat aku dan insan yang aku sayangi.

Wajah ayahda dan bonda kesayanganku. Tiada apa yang lebih mengembirakanku selain melihat senyuman di wajah bahagia mereka. Inilah rutin ayahku saban tahun di pagi Syawal, menjamu selera dengan juadah masakan ibuku. Setelah hampir 25 tahun usia perkahwinan mereka, telah banyak dugaan dan cabaran mereka tempuhi. Aku berdoa agar aku dan adik-adikku kelak dapat mencontohi kesabaran dan kesetiaan kedua orang tuaku menjalani alam rumahtangga .

Merakamkan kenangan bersama insan tersayang, Jimai Bin Said sebelum pergi ke rumah nenekku. "...kepada kekasihku yang baik budi..bimbingan dan panduan selalu diberi...jika kusalah silap kau maafkan, mudah-mudahan kita, akan berkekalan...." hihihihi :-)

Ayahku bersama Mazda RX8 kepunyaan adikku. "Tahun ni meriah betul raya ayah" Ucap ayahku berulang-ulang kali sepanjang 3 hari kami beraya. Okay, posinglah dulu puas-puas sebelum anak-anak buah dan cucu sedara datang kutip "tol" tahun ini ya... ('',) hahahaha



Wajah-wajah ceria selepas dapat duit raya daripada nenek. Terima kasih nenek. Jika sebelum ini ayah aku jadi "banker" untuk Adam, tahun ini jika dapat duit raya je Adam akan terus bagi pada aku. Dan....akulah yang akan dikerah untuk kira duit raya dia. Sehari adelah lima, enam kali aku dipaksa mengira duit raya dia. Kalau dia tahu duit raya dia kurang dari kakaknya, Ira, maka terjeritlah dia sebab tak puas hati. Maka terpaksalah aku menambah duit rayanya agar sama dengan duit raya Ira...bertuah punya adik!

Ciuman sayang dari adikku Adam yang manja. Gambar ni spontan je... Cantikkan....

Walaupun bertugas nun jauh di perbatasan, dia sanggup pulang ke tanah air untuk beraya bersamaku...Terima kasih sayang...


Inilah keluarga ibu saudara dan sepupu ayahku yang berbangsa Cina. Setiap tahun pada Hari Raya Aidilfitri mereka pasti datang menziarahi keluarga kami. Begitu juga pada Tahun Baru Cina, keluargaku pasti menziarahi keluarga mereka di Kluang, Johor. Salam 1Malaysia.

Menerima kunjungan keluarga besar abang dan adik ayahku.

Turut tidak ketinggalan kunjungan daripada keluarga besar kakak ayahku.

Di dalam dan di luar rumah yang dipenuhi dengan sanak-saudara.


Posing sekejap selepas tetamu-tetamu pulang.

Setelah hampir petang barulah berpeluang pergi beraya ke rumah nenekku di Kampung Tenglu. Itupun tak sampai setengah jam dah kene balik ke rumah sebab ada saudara nak datang. Erm..begitulah saban tahun, rumahku tidak lekang dengan kunjungan saudara-mara yang datang berziarah. Maklumlah, raya setahun sekali inilah yang mengumpulkan kami semua.

Syawal kedua. Ini pula tiba 'turn' beraya dengan keluarga sebelah ibuku. Apa yang bagus tu Cik Ayie?? Sayang Cik Ayie lebih sikit tahun ini sebab bagi aku lebih duit raya. Hahahahahaha

Cantik dan comel. Sama dan serupa. Anak yang sulung dan yang bongsu. Hehehehehe

Ini pada malam Syawal yang ketiga. Pada hari raya ketiga ini siang dan malam rumah nenekku mengadakan kenduri bacaan Yassin dan aruah. Aku juga tidak melepaskan peluang menjamu selera bersama keluargaku.



Okaylah sekian sahaja paparan untuk kali ini. Semoga dapat berjumpa lagi dilebaran akan datang. Walaupun banyak lagi kenangan-lenangan indah yang dirakamkan, namun tak dapatlah nak upload semua. Sebelum mengundurkan diri, saya dengan rendah diri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat ayah ibu, adik-adik, ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam di dunia. Bermaaf-maafanlah sesama kita dan berhati-hati di jalan raya ('',).

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori