antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8KdySGFk_QO6s7CW3FcnzHOhMuSS88vGzeEIcOy7nkTo3b7LM0na59MNv6ZvyGtIN7ZS1MknCsjZ6u8GhtujOr7EAzF_QBPZms9P3IsMv0c7juuvEuMr3CAiA0MOCrkJRqmOFiai6n8jm/s320/P11105171.jpg)
"BIAR MAHAL, BIAR LAMBAT....ASAL SELAMAT"
Hari ni memang pengajaran yang amat besar bagi diriku abad ini...huhu...Kecuaian yang pada logik akal memang membawa padah, tapi Alahamdulillah keselamatanku masih dipelihara oleh-NYA Yang Maha Kuasa...Syukur Ya Allah!
Pagi tadi aku bersama teman serumah bergegas keluar kerana terlewat ke satu temujanji...Tidak seperti kebiasaannya sebelum aku keluar rumah, aku akan pastikan api dapur tidak berpasang dan segala suis yang tidak digunakan ditutup....Tapi hari ni aku blah macam tu jer...
Nak dijadikan cerita...aku pergi ke temujanji tersebut bersama rakanku, Jannah... Lepas selesai temujanji yang hampir 2 jam tu kamipun pergi ke Pasar Satok dan mengisi perut yang kelaparan di KFC...
Selesai melantak, kami berjalan-jalan di Pasar Minggu Satok...Beli ikan, buah-buahan, pokok bunga dan tanah untuk menanam sayur-sayuran di rumahku (hobi aku la tu...)
Dalam perjalanan pulang lebih kurang jam 3 lebih aku teringat anak angkatku Mohamad Alif Aqkil (yang juga anak kepada kakak buah hati aku, Jimai) lalu aku terus memecut laju menuju ke Kampung Niup untuk bertemu dengan si comel kesayangan aku tu...
Hampir 5 minit sebelum tiba di rumah Alif, aku berpatah balik singgah ke rumah Anjang (bapa saudara buah hati aku) untuk membeli jagung....sekarang kat Samarahan ni musim jagung... Aku beli RM10...
Tiba dirumah Alif seperti biasa aku akan mendukungnya...biasanye tak sampai 5minit aku dukung Alif dia akan tertidur...elok aku nak letak dia atas tilam, dengan serta merta matanya yang bersinar tu terbuka memandang 'mama' angkatnya ni....Bertuah punyer budak....
Tepat jam 6 petang aku dan Jannah minta diri untuk pulang...Alif ku cium sepuasnya sebelum balik.... Tapi...bukan terus pulang ke rumah, kami singgah dulu di Desa Ilmu untuk beli buku latihan Mandarin...berapa banyak singgah da....
Lebih kurang jam 7 kami tiba di rumah....Tiba-tiba hidungku terbau aroma yang sungguh nyaman.....
"Bau hangit la Jannah..." Kataku sebaik sahaja turun dari kereta.
"Erm bau ape ek?" Tanya Jannah ('ek' tu penyedap ayat yang biasanyer digunakan oleh orang Johor)
"Erm xde pulak bau kat kereta ni...Eh, macam bau jangung bakar....mesti orang sebelah rumah bakar jangung ni...Sedapnyer..." Balasku sambil teringat pokok-pokok jangung di belakang rumah jiranku.
"Eh bau dalam rumahlah Mas.." Kata Jannah yang lebih dulu masuk ke dalam rumah.
"Ye ke...???" Soalku yang mula tak sedap hati...Tapi takde pulak asap atau api...
"Haah...kuat bau ni..." Sambungku lagi. Mataku mula meliar melihat sekeliling rumahku, kakiku pantas menuju ke dapur dan.....
"Ya ALLAH!!!" Jeritku mengucap panjang apabila melihat periuk yang kurebus panaskan jagung pagi tadi tidakku padam dan bau hangit menusuk hidung! Tanganku pantas menutup gas dan aku terkedu mengenang kecuaianku...
"Ya Allah...Mas....Nasib tak ade apa-apa.." Kata Jannah yang juga terkejut... Dadaku seakan-akan berombak kencang....Ya Allah....Terima kasih Ya Allah...
Lepas agak reda, aku bawa periuk tersebut keluar rumah dan menyimbahnya dengan air...Asap dan bau hangit mula tersebar akibat kepanasan tahap maksimum...Apabilaku buka tutup periuk tersebut, 3 biji jagung yang aku panaskan tadi dah menjadi hitam legam...
Hari ini aku akui yang aku keluar rumah dengan tergesa-gesa tanpa memastikan ciri-ciri keselamatan sebelum meninggalkan rumah diutamakan terlebih dahulu. Kedua, aku telah tertinggal solat dek urusan dunia yang tidak sepenting urusan buat bekalan di hari akhirat kelak. Aku benar-benar merasa insaf dan sangat berdosa!
Aku terfikir sejenak, jika tidak kerana periuk berkualiti dan agak mahal yang aku gunakan, tak tahulah apa yang akan jadi pada rumahku setelah lebih 6 jam aku tinggalkan dengan api gas tidak bertutup. Namun, apa yang paling penting ialah jika tidak kerana Allah memelihara kesejahteraan hidup aku dan masih menyayangi aku dan memberi pengajaran kepada aku, tentu aku akan menyesal seumur hidup, malah aku juga telah membahayakan keselamatan jiran-jiranku. Syukur Alhamdulillah...
Pengajarannya, ingat sebelum tinggalkan rumah pastikan rumah kita dalam keadaan yang selamat unuk di tinggalkan, kedua janganlah tinggalkan solat walau sepentingmanapun urusan dunia ini dan yang ketiga ingatlah, "BIAR MAHAL, BIAR LAMBAT...ASAL SELAMAT!"

Comments
Post a Comment