Setelah hampir tiga tahun melanjutkan pengajian di UNIMAS, terlalu banyak pengalaman pahit manis telah aku dan rakan-rakan lalui bersama...datang dan pergi, tangis dan tawa, lumrah kehidupan yang tidak dapat kita hindari.
Alhamdulillah, walaupun pada semester pertama keputusan peperiksaan aku tidaklah begitu memuaskan (main-main banyak...layan perasaan pun ada, maklumlah pertama kali berjauhan dari ayah, ibu, famili & yg. tersayang) namun aku tekad meningkatkan prestasi pelajaranku sehingga dapat mencapai keputusan dan peningkatan yang baik pada semester ini (
personal record lah kata org puteh)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCUjZLEDj5N-dEW5Osqdgcj593-LXenDp6V_rKTM6A4NNHE7Zhbzd_ubj214xIadwVQh5P6XfqA9UE1pfZ7clFWSfOZw2RSxlcSrZKcCcQsl5T2_ykZflSRXbBWdd8bK075IxCNQNK6bz7/s320/DSC09316.JPG)
Kenangan ini dirakamkan sewaktu kami menemuramah penyelia di Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-kanak Keperluan Istimewa (PIBAKAT) untuk menyiapkan salah-satu tugasan berkumpulan. Penyelia PIBAKAT ini Cik Wendy, merupakan salah seorang super senior kami yang telah berjaya menjawat jawatan ini selepas tamat pengajian di UNIMAS dalam bidang Kajian Khidmat Sosial.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixYbR4SKXHDjNRgztUkn0y6daidhOGdqIzA4Fr5AB2iNkYdpjD-ZuwdS8TqxXXexj3Qlj3gRkuqDIZR2X8wbpeMHD1EMLF44aBxVBCTtp56m3V-pJpAIoVCmbXiZSlONFhSywVHbedSKka/s320/DSC00094.JPG)
Lagak ceria... Antara rakan-rakan sekuliahku, Lamia, Seniza, Aminah, Nik (satu-satunya student lelaki melayu sama
batch ngn aku) & Audrey
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSKPrMuCcKb0aHQyMXRa2Se7uiF3EkO-C5WANKYUhH9UTgj_FqyKElD8dScpEnGvCDGjALd1E4pO-TZif62QNf9AGktEUtJC1QmeRIVWwA3sxf6DvzSt5eqpMcBnZHFgvvabgJrkK6OSXa/s320/14032009927.jpg)
Bergambar bersama Madam Gill Raja sewaktu
field visit ke Pertubuhan Perancangan Keluarga, Kuching Sarawak. Banyak info-info berguna dapat kami timba dan pelajari sepanjang lawatan ini, terutamanya dalam hal-hal berkaitan perancangan keluarga. Bagi yang nak menamatkan zaman bujang tu, eloklah datang sini untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam hal-hal yang berkaitan ea...hehehe
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dNWrZjRP43JM0GtJyjHjYOYyU53NXYmLzR5QRh_lYsPAt3eJ9quIIX7DhRT7DzYKOlJkpC4x3VZoY4JfHhb1Lmv4haefdvG2N_8owWSEZ95ZmWceyGBHhbEKQ2wL9WrNFJkC4o93m6tJ/s320/SAM_1038.JPG)
Kenangan sewaktu
field visit bagi kursus
Legal Framework and Social Work ke Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak. Terima kasih kepada Madam Gill Raja yang sentiasa senang membawa kami melawat ke agensi-agensi berkaitan untuk menambah pengalaman kami sebelum menempuh alam pekerjaan. Madam Gill Raja juga ibarat ibu yang banyak mendengar keluhan dan memberi nasihat serta suntikan semangat kami di sini. Sa...yang madam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7rU1DumGm5LYsalDIlNoIseLzgJHam7GRJSgB-6w4CyK6-DbCYBrU4whUsPK9Nyq7UehZfKlwGGVJembR3meawSojepgxvc4RXSl4XlEXezJHGoKNo4xe-bSY-QJ0a2v-6Wh_cVlGgola/s320/12092008322.jpg)
Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal (PERKATA). Pertama kali aku didedahkan dengan kanak-kanak kelainan upaya (OKU). Terima kasih Dr. Ling How Kee yang membawa kami ke sini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhacsMSHZ_7ZsXrdDdCbfg4xfAMW2C2DzWugN0mYwKm-pMgYQq0y8Mx14FZJxuXdJTTOyv2VPUJQWHDegVBaiRBUoxgV7R_01wZhtiHgs6vahs_LaAZ5IUSR9bckAH1NNRKgUQbiMW6A70P/s320/P1100305.JPG)
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009, PDK Shan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqStT2s97A2hyphenhyphencZ93a4UuAoC-0ALcX-qPLxYk5UmGWOtVS01Nz6kNbDN5xRoyZVUIEGdkFtooEr941uxUyjitmXjZmNZKA5Jqi12BFDVPx5osa4PQblqsQe4Lyng4p01YvKK_XHQWcKFdO/s320/14032009929.jpg)
Antara wajah-wajah seniorku...control cun nampak...heheheh..jangan mare..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPJwsAZ-DiJWvCiknl85IUXu3xeIEBiQpEZZS6QwpzHF_NYV3B8dA97SA8mtlj-nFh13eCiKWwmcmHV1uTBCLzKh0rHHv7vBU3H7N_sNWQdhuvRO6zjr2MK_uA1H67oxOH5hXQBmbBhZMk/s320/14032009946.jpg)
Rakan-rakanku yang suka makan KFC...suka makan KFC xpe, jangan suka 'makan' kawan, opsss terlebih suda... :-)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEithZoNIDX6Lcf20C52O9j8I9emxBlSdF_9iRn1X9s_f4lu8tKk_0CIHXzoRryNTO5n7Lieg8vvY4VNuxoIMQfhhWELvhiCngp88TW6Lw2infY5YL9yGLoTWMlyDn-hEyK2zzu3YyB8pj-j/s320/12032009902.jpg)
Lamia & Nik (my best friend 4ever)...tekun mendengar taklimat... hehehe antara calon bakal Pegawai Pembangunan Masyarakat yang berjaya. Hidup
Social Work!
Erm...Sekarang aku sibuk menguruskan perkara-perkara penting di awal minggu semester ini. 28 hb Disember bermulalah sebuah lagi episod baru dalam hidupku. Syukur Alahamdulillah kerana aku berjaya melangkah lagi ke semester 2 sesi 2009/2010.
Comments
Post a Comment