Awana Kijal, Terengganu.

Pada bulan Disember 2010 yang lalu, ayahku telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Terengganu sempena ulangtahun perkahwinan ayah dan ibuku yang ke-25 tahun. Sepanjang percutian kami, kami telah menginap di Hotel Awana Kijal Terengganu. Memang best suasana di sini dan layanan pekerja mereka pun bagus. Cuma satu je aku nak complain, kalau boleh sediakanlah ruang letak kenderaan untuk OKU, jangan pandang kereta mahal-mahal je untuk diberi keutamaan ye... Kepada ayah dan ibuku, semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirat nanti. Amin.



Suasana bilik yang luas dan selesa. Pun begitu keluarga kami menyewa dua bilik, maklumlah semua dah besar-besar. Hahahaha :p

Keadaan bilik air yang bersih, luas dan selesa.

Sea View yang indah dan mengasyikan.

Pemandangan kolam renang dari atas.

Pemandangan petang yang permai.

Adikku Adam, seronok bermain taman permainan dalam air.

Pemandangan kolam yang bersih.

Pemandangan kolam dari tempat sarapan. Dua buah jakuzi yang tidak berfungsi...huhu..melepas nak berendam dalam air panas.

Seronok dapat bersarapan bersama-sama adikku yang sorg ni. Memang kuat makan!

Pemandangan lobby hotel dari luar bilik kami.

Decoration yang cantik.


Ayah dan ibu tercinta.

Pemandangan dari luar spa.

Sekian sahaja cerita percutianku bersama-sama keluarga sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai. Tahun depan kemana pula program ayahku untuk percutian kami ye? Tunggu.....

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori