Posts

Showing posts from 2010
Image
Tidak seperti tahun-tahun lepas, pada tahun ini aku berpeluang merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama-sama rakan-rakanku di rumah bakal mentuaku di Kampung Niup (InsyaAllah....('',)) dan beraya di rumah bakal mentua senior kami, Kak Su di Kampung Lubuk Ria. Sambil beraya, kami yang juga tidak habis-habis bergambar....hishhhh :p Sedang rakan-rakanku menjamu selera, aku melepaskan rindu bermain dan menidurkan Alif setelah seminggu tidak datang menjeguknya.... Bersama Kak Nuri (Kakak Jimai) dan Isha (anak kepada adik Jimai, Eza). Besarnya..... ('',) Bersama kawan salah seorang teman sekuliahku yang agak rapat, Shila. Amy, Kak Su, Shila dan aku....Bila dah berjumpa pasti gamat suasana! Aksi masing-masing.... Kata Kak Su; "Inilah gaya para isteri yang sedang menunggu kedatangan para suami" hahahaha tetttttttttttt Wajahku.... Panorama di Sungai Kampung Lubuk Ria Model wanna be .....hihihi ade bakat ke?? Wahhhh macam kumpulan nasyid pun...

Kenduri Cukur Jambul

Image
Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum...Macam tu jugaklah kehidupan aku di Samarahan Sarawak ni. Pelbagai etnik dan budaya yang aku dapati dan pelajari di sini. Adat perkahwinan, perayaan, kepercayaan dan yang lain-lain termasuklah adat mencukur jambul bayi. Walaupun agak sama dengan di Semenanjung Malaysia, namun adelah sket kot perbezaannya...Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika upacara mencukur jambul Isha dan Alif. Semasa mak Jimai mencukur jambul Alif, suasana agak kecoh kerana pada waktu ini mak Jimai sedang melatah. Habis saja upacara ini aku terpaksa membawa mak masuk ke bilik untuk mengelakkan latahnya berpanjangan. Ermmmm macamnilah gayanya bila orang melatah di api-apikan lagi oleh yang lain... ('',)

23 Tahun Mengembara

Image
Salam semua... Erm....dah nak hujung-hujung semester ni banyaklah pulak kerjanya... Busy semacam je...Tapi cook addic t tu memang tak dapat nak elak! hehehe punyalah rajin buat pelbagai jenis biskut dan kek walaupun raya dah nak habis...(hari ni kan?). 23 tahun yang lalu, pada pagi 4 Oktober 1987, ibu bertarung nyawa untuk melahirkan aku, puteri sulungnya. Begitu besar pengorbanan ibu dan rahmat Allah Yang Esa. Mulai saat itu, ayah dan ibu mendidik, membesarkan dan mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Terima kasih ibu, terima kasih ayah. Pada 4hb Oktober yang lepas genaplah usia Mas 23 tahun. Erm...23 tahun ini mengembara di muka bumi Allah Yang Esa. Alhamdulillah, DIA masih memberikan Mas kesempatan untuk mengembara selembar lagi lipatan pengembaraan yang noktahnya nanti hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Jom kita layannnnnnnn (bak kata Fara Fauzana). Birthday Mas tahun ni sambut di Barok Water Front bersama Mai dan Shila. TQ girls! Ikan Siakap 3 Rasa. Kalau...

Jom Heboh 2010 Petra Jaya, Sarawak.

Image
Hari ini Sabtu, 25 September 2010 aku pergi ke Jom Heboh TV3 di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching. Best jugak sesekali lepas tension study dengan menghiburkan diri sekejap. Ada juga aku ikut aktiviti-aktiviti anjuran Aduan Rakyat dan Hot FM...memanggggg happening habis!!!! Tulang belakang Aduan Rakyat TV3 Ambil Berat...Karam Sigh Walia & Puspa Bersama pengacara Wanita Hari Ini TV3... Sporting sangat Kak Fizza ni...Thanks... Opssss...aksi terlampau Faizal Ismail @ FBI Hot FM! Lagi aksi FBI dan Anuar melayan peminat... Bersama FBI Hot FM...banyak gak dapat pelekat Hot FM...Terima Kasih ye... Ha.... cute tak Jolly Penguin ni? Eh...ini bukan untuk Adam lah....untuk Ira pun bukan... This is for me okay ...Masa kecik-kecik dulu tak dapat. Lau dapat pun dah rosak dan pupus....Hahahahaha so bila dah besar ni beli sendirilah... ('',) Ini pulak kereta lumba...erm..dari awal pusing sampai beratus-ratus round pun sama je kedudukannya...hahahahaha Sebahag...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Image
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-NYA pada Syawal tahun ini aku dapat pulang ke Mersing untuk sama-sama menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H bersama-sama keluarga tercinta dan yang tersayang. Hari raya pada tahun ini bagi aku sangat bermakna dan berharga buat aku dan insan yang aku sayangi. Wajah ayahda dan bonda kesayanganku. Tiada apa yang lebih mengembirakanku selain melihat senyuman di wajah bahagia mereka. Inilah rutin ayahku saban tahun di pagi Syawal, menjamu selera dengan juadah masakan ibuku. Setelah hampir 25 tahun usia perkahwinan mereka, telah banyak dugaan dan cabaran mereka tempuhi. Aku berdoa agar aku dan adik-adikku kelak dapat mencontohi kesabaran dan kesetiaan kedua orang tuaku menjalani alam rumahtangga . Merakamkan kenangan bersama insan tersayang, Jimai Bin Said sebelum pergi ke rumah nenekku. "...kepada kekasihku yang baik budi..bimbingan dan panduan selalu diberi...jika kusalah silap kau m...