Al-kisah Sebuah TV Sagasonic....

Hari ni 1 Syaban 1431H bersamaan 13hb Julai 2010... Aku dan Janah (teman serumah) pergi ke Kuching atas pelbagai urusan termasuklah renew road tax kereta ak yg akan tamat 17hb ni...(anda sudah renew road tax anda?? hihi)...

Keluar rumah pagi hari, dalam jam 8 lebih....pusing punya pusing mencari tempat yang dituju, tak jumpa-jumpa... Then, kami ambik keputusan untuk bayar dulu road tax aku. Setelah itu barulah kami menuju ke India Street, Kuching.

Nak dijadikan cerita, Janah ni nak beli TV buat menghiburkan hati di kala sunyi di dalam bilik di Kolej Cempaka. Aku pun menebuk parking ticket untuk tempoh masa 1 jam. Kami pun berjalanlah mencari barang-barang dan TV yang di cari.

Jalan punya jalan, punya jalan (sambil tekak aku yang kering kerana panas dan berpuasa sunat) aku gagahkan juga demi sahabatku ini. Hahahaha....agak jauh jugaklah merentasi deretan-deretan kedai di sana, kami pun masuk di sebuah kedai elektrik ni...

"Ye dik mahu cari apa? TV? Berapa inci mahu?" Tanya tuan empunya kedai.
"Ini berapa?" Soal Janah. Aku dengar tak dengar je perbualan dorg bab rasa keletihan sket...So, aku biar dia jelah berunding ngan tuan empunya kedai tu...

Beberapa minit kemudian Janah keluar...Aku hanya ikut dari belakang...Then, kami masuk kedai yang kedua, selang beberapa buah kedai yang tadi tu...

"Ye amoi...mau cari apa?" Tanya seorang wanita cina...Aku agak dia pekerja je, mungkin juga ahli keluarga tuan punya kedai...huhu...nampak layanan ok jer...

Adengan tawar menawarpun berlangsung... Tapi, dah dapat murah, Janah pulak tak minat dengan pattern TV tu... Yang minat pulak 17"...lau nak kene rampas dengan pihak kolej, belilah...huhu

Kami lalu semula di kedai pertama dan bertanya balik harga untuk TV yang sama, tapi pattern lain sket, cantik sket dari yang tadi...

"Sana berapa dia kasi? Sana murahkan? China punya mestilah murah... Kalau sana murah beli sanalah..." Perghhhh berdesing telinga aku dengar si polan tu bercakap.

"Ade ke cakap dengan customer macam ni?? Dah Janah, jom pergi." Kataku yang 'panas hati'. Janah ni orang dia lembut n selamba jer...dia pun ikut je aku cakap...

"Apa punya peniaga ler cakap ngan customer macam tu..Agak-agak la...Kurang asam boi betul." Aku plak yang merungut....Janah yang nak beli diam je... Dah dia memang camtu...huhu

Kami meneruskan agenda di India Street membeli barang-barang lain. Alhamdulillah peniaga yang lain ok terutamanya di kedai menjual barang-barang keperluan membuat kek dan kuih-muih. Almaklumlah...Sarawakkan terkenal dengan kek lapisnyer...

Dah siap...kami menuju ke jalan yang bersebelahan dengan mahkamah lama (lau xsilap ak la)...Lorong jalan tu ditutup kerana dalam pembinaan. Jalan, jalan dan jalan...tiba kami disebuah kedai elektrik yang agak kelam jer...Macam Gua Kelam pon ade...huhu

Janah masuk dalam kedai. Aku tunggu kat luar jelah...malas dah nak masuk...Masa tu ada sorg mak cik dia tanya..macam biasalah kan... "Mau apa?"

Sesi tawar menawar berlangsung lagi untuk sebuah TV Sagasonic 15" yang berharga RM198 (ade ke 15"? mcm 14" jer..) Tapi kali ini lagi hebat bab 3 orang lawan 1... tuan empunya kedai, anak tuan empunya kedai dan isteri tuan empunya kedai...Janah bagitahu la harga yang dapat kat kedai tadi...Then, seperti yang telah aku agak...."haiya sampai pun sudah berapa harga...beli sana la.."

"Ya Allah, mcmni ke cara dorg ni berniaga??" (tapi kedai elektrik besar2 takde plak layan customer buruk cmtu...erm pdan ler bniaga kat india street jer..huhu) Tapi bab harga dia murh sket dr kedai pertama tadi, Janah pun beli... dia kata siap dgn arial hrga RM20 lebih...erm tgk2 arial hrga RM10...(ak tau la bab pernah jd kerani kdi elektrik dlu)...Bateri kecik yang untuk letak dalam remote control, setahu aku la...free jer sebenarnya, tapi Janah kene bayar RM6 lebih...adoi...memang terkena betullah kawan aku sorang ni...Aku yang dah panas telinga malas cakap apa-apa lebih-lebih lagi bila isteri tuan punya kedai dan anak dia mengata kami (dalam bahasa lain, walaupun tak faham semua, tapi aku faham sket-sket apa yang dia kata...)

Tak habis lagi....minta tlg la hntr kat kereta (msa tu ak dh g kt krta bab tiket parking dh hbs masa) tgk2 Janahh jln sorg, dia kata toke kdi tu soh bwk krta g sane...alamak sehhhh lorong tu jalan mati, dh ler punya payah nak pusing, dia kata ngn janah jln tu leh terus...jana manelh tau...ak yg puasa ni hangatnyer mcm HOT FM tu gak ar..huhu

Aku dgn geram dan lebih hangat dari biasa bwk krta btl2 dpn kedai tu...ak soh Janah alih tong samph utk pusing kereta...dgn muka benggang ak buat selamba je dlm krta biar peniaga tak beretika tu buka pintu n masukn TV...

Kesimpulannya...dh le awak tu cri rezeki dgn di bayar oleh customer....xkira la lain bangsa, agama n bahasa....dia igt dia membebel bhsa *&^%$ ak xfhm? plz la...

Bukan aku prejudis atau nak membandingkan, tapi aku dulu pernah part time keje jadi kerani kedai elektrik... Untie Mei Ling (isteri bos) tak pernah merungut pun kalau customer marah ke, komplin ke, nak naik turun harga ke...selamba je... Senyum je...Tapi sikap peniaga kat sini (sesetenggah je la) jauh berbeza dengan yang pernah aku lalui...

Bila customer dah beli, tak kira lah kereta customer dekat mana, dikerahnya si amah untuk tolong customer hantar barang ke kereta... Yang tadi tu?? Anak punyalah besar badan, tapi bila cakap kereta kat hujung jalan depan je muka dah benyek macam tempoyak...adoiii apelah.... Erm...apa nak dikata????

Anyway, respect ler kt janah bab dia ttp selamba kn diri...then ak soh dia msuk dlm krta tnpa betulkan balik tong sampah yang telah dialihkan....hangatttttt....

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori