Lagi Provokasi Islam!

Jangan Terpedaya!

Baru-baru ini heboh tentang dua isu yang berkaitan Islam hangat diperkatakan. Pertama mengenai sebuah group yang wujud dalam Facebook iaitu "fuck Islam" dan satu lagi mengenai kebiadaban sekumpulan pelajar yang mempermain-mainkan solat berjemaah yang dilakukan mereka didalam sebuah gereja!

Dua isu ini cukup mendatangkan kemarahan umat Islam terutamanya kami (students UNIMAS) yang sememangnya hampir setiap hari melayari Facebook. Namun, disebalik apa yang berlaku, kami pasti ini hanyalah provokasi yang dilakukan sesetengah pihak untuk 'memancing' kami supaya melahirkan amarah. Kenapa saya cakap begitu?

Pertama, sejak dulu lagi, isu mengenai agama Islam sering-kali diperkotak-katikkan oleh individu-individu tertentu dengan alasan, KEBEBASAN BERSUARA, ingat lagi mengenai karikatur Rasulullah S.A.W? The Satanic Verses oleh Salman Rushdie dan filem Fitna oleh Wilders? Berikutan perbuatan kurang ajar dua individu ini ramai umat Islam terkorban kerana pemberontakan dan Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat dunia? Adakah terlintas difikiran kita realiti tersebut? Mereka menggunakan isu Rasulullah S.A.W untuk membuat umat Islam memberontak, melancarkan keganasan, protes dan akhirnya mengorbankan umat Islam itu snediri. Tetapi, di pihak mereka pula ketawa kemenangan, kerana apa? Tentunya kerana agenda mereka membuktikan umat Islam ini ganas telah terbukti. Isu Rasulullah hanyalah taktik kotor mereka kerana mereka tahu umat Islam amat menyayangi Kekasih Allah S.W.T ini.

Itu isu di barat, kedua, sekarang ni Malaysia juga ada pihak-pihak yang sudah berani 'menunjukkan taring' mereka, adakah kita masih termanggu memikirkannya? Bagaimana sekumpulan pelajar boleh sewenang-wenangnya menggunakan gereja malah melakukan perbuatan mengejek atau mempersendakan agama orang lain? saya yakin semua agama menentang tindakan penganutnya mempersendakan agama orang lain, kecualilah pelajar-pelajar ini 'disogok' oleh pihak tertentu..siapa tahu? Mengapa mereka sebegitu berani melakukan perkara tersebut andai tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menaikkan kemarahan umat Islam?

Ketiga, jika kita fikir dan renungkan, umat Islam sekarang lebih mementingkan diri sendiri berbanding saudaranya. Lihat saja di kawasan kejiranan, pantang orang sebelah beli sofa atau kereta baru, pasti ada yang sakit hati, ada juga yang tidak boleh lihat orang lain berbuat kebaikan, pasti dikeji, dan tidak kurang juga sanggup menabur fitnah terhadap rakan sendiri kerana hasad dengki. Tidakkah itu kelemahan kita sendiri? Seandainya kita sendiri sanggup menghina saudara seagama, tidakkah itu boleh mengoyahkan semangat persaudaraan yang sepatutnya kita semai? Tidakkah sepatutnya jalinan kaum Muhajirin dan Ansar dijadikan tauladan?

Berikutan isu-isu ini, saya berharap kita sebagai umat Islam yang berpendidikan seharusnya tahu membezakan mana umpan, mana jala. Bukan saya katakan kita tidak harus membela agama kita, tetapi biarlah tindakan kita seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori