Seperuhongan (Hari Keluarga) Waris Pengiran Anak Untong


9, 10 dan 11 Oktober yang lepas, ahli keluargaku daripada Waris Keturunan Pengiran Anak Untong, iaitu Putera kepada Sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin
telah berkumpul di KM Chalet bagi mengeratkan silaturrahim antara kami. Namun, sedihnya aku tidak dapat hadir pada hari tu...wwwaaaaa...


Melihat kepada kemeriahan majlis dan kegembiraan ayahda, bonda dan dinda-dinda tercinta yang diabadikan di blog ayahdaku, http://shah2foto.blogspot.com dan Harian Metro Edisi Johor 20 Oktober 2009, halaman 24, aku tetap berasa gembira walaupun tidak dapat mengikuti hari bersejarah keluarga kami kerana ada komitmen lain iaitu
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PDK Samarahan. Tugas kepada masyarakat amat penting, namun keluarga tetap di hatiku.



Pun begitu, aku berharap dapat menghadiri majlis ini pada tahun akan datang dan aku juga memasang azam untuk menjadi penaja utama untuk hari keluarga kami ini nanti, (seperti kata-kata ayahdaku) insyaALLAH.

Comments

  1. salam...yang ku tahu warisnya ada didumpil sabah yang telah disahkan sejak tahun 1952 oleh sultan omar ali saifuddin 3.

    ReplyDelete
  2. salam. tuan pramba berhajat kan bertanya kepada kita. amun banar pengiran anak untong atu ada warisnya di semenanjung buleh ka kita tunjukan bukti yang disahkan oleh kerajaan brunei darussalam. untuk pengetahuan saudara, tuan peramba adalah waris sah pengiran anak untong didumpil sabah yang telah disahkan sejak tahun 1951 lagi oleh al-marhum kdymm sultan begawan sultan omar ali saifuddin iaitu ayahanda kepada sultan hasanal bolkiah. Mengikut salasilah yang tersimpan oleh waris di dumpil sejak 1951 dan salasilah itu adalah dari kesultanan brunei lama..pengiran anak untong hanya mempunyai 3 orang anak iaitu pg hassan, pg tajuddin dan pg kermaraja.

    ReplyDelete
  3. Salam, terlebih dahulu terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Buat pengetahun saudara/saudari, mengikut apa yang diceritakan oleh aruah datuk saya, Hj.Ramli B. Othman, nenek moyang kami adalah waris dari Pangiran Anak Untong, cerita ini telah diperdengarkn turun-temurun kpd setiap generasi. Menguatkan lagi dakwaan ini, ada juga beberapa orang (yang saya tidak tahu tujuannya) datang ke daerah Mersing berjumpa dengan saudara kami berkenaan hal ini. Jika saudara/saudari ingin tahu lebih lanjut, baiklah diajukan terus kpd bapa saya atau saudara mara yg lebih tua, terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

antara Rahmat ALLAH dan kualiti Periuk NEVIO

Warna-warni Memori