Posts

Showing posts from 2011

Pulut Bubur Durian

Image
Pulut Bubur Durian Salam semua...macamana hari ni? sihat ke? Mas alhamdulillah walaupun tak berapa sihat tapi masih boleh menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Malam ni rasenye nak kongsi ceritalah pasal durian. Mas ni memang 'hantu' durian, dapat pulak kawan2 yg sama jenis...apa lagi, makanlah agenda utama! hihi Kat Sarawak ni harga durian berlipat kali ganda mahalnya dari semenanjung, Mas sendiri tak tahu apa sebabnya (memang xpernah bertanya.. :p) ikutlah musim, kalau banyak murah, kalau sikit mahal, tapi harganya tetap xboleh lawan harga di semenanjung...huhu kesian kami yang 'hantu' durian ni...ish..ishh..ishhhh Nak makan punya pasal, Mas pernah membeli durian dengan harga 1 biji RM35.00. Betul laaa xsalah baca, 1 BIJI RM35.00. Haaaaa jgn pengsan pulak, dalam durian tu ada la 6 ulas...huhu Gambar kat atas ni ialah hasil Pulut Bubur Durian yang Mas buat. Duriannya Mas dan kawan2 kongsi beli. Sedapppp cuba makan pasti nak lagi!

Awana Kijal, Terengganu.

Image
Pada bulan Disember 2010 yang lalu, ayahku telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Terengganu sempena ulangtahun perkahwinan ayah dan ibuku yang ke-25 tahun. Sepanjang percutian kami, kami telah menginap di Hotel Awana Kijal Terengganu . Memang best suasana di sini dan layanan pekerja mereka pun bagus. Cuma satu je aku nak complain , kalau boleh sediakanlah ruang letak kenderaan untuk OKU, jangan pandang kereta mahal-mahal je untuk diberi keutamaan ye... Kepada ayah dan ibuku, semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhirat nanti. Amin. Suasana bilik yang luas dan selesa. Pun begitu keluarga kami menyewa dua bilik, maklumlah semua dah besar-besar. Hahahaha :p Keadaan bilik air yang bersih, luas dan selesa. Sea View yang indah dan mengasyikan. Pemandangan kolam renang dari atas. Pemandangan petang yang permai. Adikku Adam, seronok bermain taman permainan dalam air. Pemandangan kolam yang bersih. Pemandangan kolam dari tempat sarapan. Dua buah jakuzi yang tidak berfun...