Posts

Showing posts from October, 2010

Kenduri Cukur Jambul

Image
Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum...Macam tu jugaklah kehidupan aku di Samarahan Sarawak ni. Pelbagai etnik dan budaya yang aku dapati dan pelajari di sini. Adat perkahwinan, perayaan, kepercayaan dan yang lain-lain termasuklah adat mencukur jambul bayi. Walaupun agak sama dengan di Semenanjung Malaysia, namun adelah sket kot perbezaannya...Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ketika upacara mencukur jambul Isha dan Alif. Semasa mak Jimai mencukur jambul Alif, suasana agak kecoh kerana pada waktu ini mak Jimai sedang melatah. Habis saja upacara ini aku terpaksa membawa mak masuk ke bilik untuk mengelakkan latahnya berpanjangan. Ermmmm macamnilah gayanya bila orang melatah di api-apikan lagi oleh yang lain... ('',)

23 Tahun Mengembara

Image
Salam semua... Erm....dah nak hujung-hujung semester ni banyaklah pulak kerjanya... Busy semacam je...Tapi cook addic t tu memang tak dapat nak elak! hehehe punyalah rajin buat pelbagai jenis biskut dan kek walaupun raya dah nak habis...(hari ni kan?). 23 tahun yang lalu, pada pagi 4 Oktober 1987, ibu bertarung nyawa untuk melahirkan aku, puteri sulungnya. Begitu besar pengorbanan ibu dan rahmat Allah Yang Esa. Mulai saat itu, ayah dan ibu mendidik, membesarkan dan mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Terima kasih ibu, terima kasih ayah. Pada 4hb Oktober yang lepas genaplah usia Mas 23 tahun. Erm...23 tahun ini mengembara di muka bumi Allah Yang Esa. Alhamdulillah, DIA masih memberikan Mas kesempatan untuk mengembara selembar lagi lipatan pengembaraan yang noktahnya nanti hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Jom kita layannnnnnnn (bak kata Fara Fauzana). Birthday Mas tahun ni sambut di Barok Water Front bersama Mai dan Shila. TQ girls! Ikan Siakap 3 Rasa. Kalau...