Al-kisah Sebuah TV Sagasonic....
Hari ni 1 Syaban 1431H bersamaan 13hb Julai 2010... Aku dan Janah (teman serumah) pergi ke Kuching atas pelbagai urusan termasuklah renew road tax kereta ak yg akan tamat 17hb ni...(anda sudah renew road tax anda?? hihi)... Keluar rumah pagi hari, dalam jam 8 lebih....pusing punya pusing mencari tempat yang dituju, tak jumpa-jumpa... Then , kami ambik keputusan untuk bayar dulu road tax aku. Setelah itu barulah kami menuju ke India Street, Kuching. Nak dijadikan cerita, Janah ni nak beli TV buat menghiburkan hati di kala sunyi di dalam bilik di Kolej Cempaka. Aku pun menebuk parking ticket untuk tempoh masa 1 jam. Kami pun berjalanlah mencari barang-barang dan TV yang di cari. Jalan punya jalan, punya jalan (sambil tekak aku yang kering kerana panas dan berpuasa sunat) aku gagahkan juga demi sahabatku ini. Hahahaha....agak jauh jugaklah merentasi deretan-deretan kedai di sana, kami pun masuk di sebuah kedai elektrik ni... "Ye dik mahu cari apa? TV? Berapa inci mahu?" Tanya...