Posts

Showing posts from December, 2009

Warna-warni Memori

Image
Setelah hampir tiga tahun melanjutkan pengajian di UNIMAS, terlalu banyak pengalaman pahit manis telah aku dan rakan-rakan lalui bersama...datang dan pergi, tangis dan tawa, lumrah kehidupan yang tidak dapat kita hindari. Alhamdulillah, walaupun pada semester pertama keputusan peperiksaan aku tidaklah begitu memuaskan (main-main banyak...layan perasaan pun ada, maklumlah pertama kali berjauhan dari ayah, ibu, famili & yg. tersayang) namun aku tekad meningkatkan prestasi pelajaranku sehingga dapat mencapai keputusan dan peningkatan yang baik pada semester ini ( personal record lah kata org puteh) Kenangan ini dirakamkan sewaktu kami menemuramah penyelia di Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-kanak Keperluan Istimewa (PIBAKAT) untuk menyiapkan salah-satu tugasan berkumpulan. Penyelia PIBAKAT ini Cik Wendy, merupakan salah seorang super senior kami yang telah berjaya menjawat jawatan ini selepas tamat pengajian di UNIMAS dalam bidang Kajian Khidmat Sosial. Lagak ceria... Antara rakan-r...