Lagi Provokasi Islam!
Jangan Terpedaya! Baru-baru ini heboh tentang dua isu yang berkaitan Islam hangat diperkatakan. Pertama mengenai sebuah group yang wujud dalam Facebook iaitu "fuck Islam" dan satu lagi mengenai kebiadaban sekumpulan pelajar yang mempermain-mainkan solat berjemaah yang dilakukan mereka didalam sebuah gereja! Dua isu ini cukup mendatangkan kemarahan umat Islam terutamanya kami (students UNIMAS) yang sememangnya hampir setiap hari melayari Facebook. Namun, disebalik apa yang berlaku, kami pasti ini hanyalah provokasi yang dilakukan sesetengah pihak untuk 'memancing' kami supaya melahirkan amarah. Kenapa saya cakap begitu? Pertama, sejak dulu lagi, isu mengenai agama Islam sering-kali diperkotak-katikkan oleh individu-individu tertentu dengan alasan, KEBEBASAN BERSUARA, ingat lagi mengenai karikatur Rasulullah S.A.W? T he Satanic Verses oleh Salman Rushdie dan filem Fitna oleh Wilders? Berikutan perbuatan kurang ajar dua individu ini ramai umat Islam terkorban kerana pem...