Posts

Showing posts from October, 2009

Seperuhongan (Hari Keluarga) Waris Pengiran Anak Untong

Image
9, 10 dan 11 Oktober yang lepas, ahli keluargaku daripada Waris Keturunan Pengiran Anak Untong, iaitu Putera kepada Sultan Brunei ke-16, Sultan Husin Kamaluddin telah berkumpul di KM Chalet bagi mengeratkan silaturrahim antara kami. Namun, sedihnya aku tidak dapat hadir pada hari tu...wwwaaaaa... Melihat kepada kemeriahan majlis dan kegembiraan ayahda, bonda dan dinda-dinda tercinta yang diabadikan di blog ayahdaku, http://shah2foto.blogspot.com dan Harian Metro Edisi Johor 20 Oktober 2009, halaman 24, aku tetap berasa gembira walaupun tidak dapat mengikuti hari bersejarah keluarga kami kerana ada komitmen lain iaitu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PDK Samarahan. Tugas kepada masyarakat amat penting, namun keluarga tetap di hatiku. Pun begitu, aku berharap dapat menghadiri majlis ini pada tahun akan datang dan aku juga memasang azam untuk menjadi penaja utama untuk hari keluarga kami ini nanti, (seperti kata-kata ayahdaku) insyaALLAH.

Kerja Lapangan dalam Kajian Khidmat Sosial di PDK Samarahan.

Image
Bermula bulan Julai hingga Oktober 2009 aku telah mengikuti Field Work di PDK Samarahan. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat melalui Field Work ni lebih-lebih lagi dalam pergaulan antara masyarakat dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Keceriaan yang jelas terpancar di wajah kanak-kanak OKU ini. Gambar ini aku rakamkan sewaktu malam gotong royong Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang lalu. Jangan pandang mereka sebelah mata. Walaupun mereka OKU, tetapi pelajaran agama tidak mereka abaikan. Aktiviti mengenal huruf jawi ini adalah sementara menunggu masuknya waktu solat Isya'. Malah, aku begitu kagum apabila Yus (memakai baju unggu lembut) menjadi imam dan bacaan Al-Quran yang dia baca amat sempurna. Alhamdulillah. Bergambar kenang-kenangan dengan kanak-kanak dan penyelia PAKK (Pusat Aktiviti Kanak-kanak) Sambutan Hari Lahir kanak-kanak dan staf-staf PDK (termasuklah aku...he2) Kawanku Nik dan Pensyarah, Dr. Sharhidd Abu Bakar. Thanks for coming!