Regatta Water Front, Kuching & Boulevard....Audition Pilih Kasih 2010
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCQ3bv3TWCJaJ44AxxjucNvGyk0PASnQr580JKG5MWMLUJ5NjfY7l1YsL_nytvl78rZVN5qmgHCfvuHQw4zl29jT_zt9hynyKX-oP1Rt0m534YByqQf-wCUzN3mdsY9B2SYeKlK9-BhHwZ/s320/P1110982b.jpg)
Hari ini 1 Ogos 2010 berlangsungnya hari kedua Regatta Water Front, Kuching Sarawak 2010. Aku juga tidak ketinggalan bersama rakan-rakanku bagi melapangkan fikiran daripada kesibukan kuliah dan tugasan dengan berhibur di Water Front. Regatta merupakan aktiviti yang saban tahun berlangsung di Water Front Kuching. Acarayang sudah pasti mencuri perhatian dan utama ialah perlumbaan perahu. Water Front berlatarbelakangkan DUN Sarawak. Acara Perlumbaan Jet Ski. Perserta bertungkus lumus mengayuh sampan agar tiba di garisan penamat sebagai juara. Namun aku agak sukar untuk merakamkan gambar memandangkan cuaca yang agak panas dan orang yang penuh sesak. Inilah suasana di Water Front. Orang ramai yang setia menanti dari pagi hingga petang memeriahkan Regatta 2010. Sepasukan anggota yang bertugas mengawal acara dan keselamatan. Setelah berpanas di Water Front, aku dan Jannah pergi ke Pasar raya Boulevard di Batu Tiga untuk menyaksikan Ujibakat Pilih Kasih 2010...Kaki aku tiba-...